nuffnang..

Monday, March 23, 2015

Mumbai, India 👳👳


Assalamualaikum,

Harap semuanya sihat2 yer. Entry kali ni nak share tentang trip ke Mumbai. Sebenarnya dah lama Dec 2014 lagi tpi sekarang baru berkesempatan memandangkan masalah teknikal yang dilalui sebelum ni 😄. 


Yah as u can see, that is my flight ticket from banglore to Mumbai and returned. Nak gi Mumbai klu from Malaysia of course la ambik tiket dari KLIA kan? but I dari South India so ambik la dari Banglore. Airport dekat India ni lain dengan Malaysia but I dont know other coutry erm tpi kalau tak silap Airport Bandung pon lebih kurang India. Sama dari segi pengurusannya. Kalau di Malaysia orang yang menghantar dan naik flight blh masuk airport tpi dekat sini kena ada boarding pass baru boleh masuk dan once u keluar dari airport tu tak boleh masuk dah melainkan ada boarding pass lain .. haaa!! tu kan. So korang tak boleh nak sesuka hati masuk dan keluar 😉.

Dekat Mumbai ni boleh tengok laki hindustan kacak dan wanita lawa2 .. Lain la kalau nak compare dgn Tamil Nadu tmpat saya belajar tu . Walaupon Mumbai ni bandar, dia punya kebersihan tu lagi teruk dari Tamil Nadu. Ala pegi mana2 pon dekat India ni kebersihan tu lebih kurang je .. Ahaaa. So kalau nak datang India just be prepared dgn bnda2 macam ni. 


Antara tempat menarik ialah Gateway of India . Ada satu movie hindustan pernah shooting kat sini tapi tak ingat cerita apa. Selalunya kalau pergi Mumbai korang akan ditawarkan tour around Mumbai city naik bas so dia akan stop dekat sini dan bnyak lagi destinasi lain. Harganya kalau tak silap dalam RS 250 bila convert dalam ringgit around rm 15-20.. price for per head 😃


Dekat Mumbai ni kalau nak beli kain saree boleh tahan murah. Ada jgk Anarkalee dan kain punjabi suit dgn harga berpatutan. Kalau rasa nak tengok movie or shopping brg2 branded ada bnyak mall salah satunya phoenix Mall . Tapi mall ni biasa2 je dan ada jgk Orient Mall tak pasti apa yang ada dekat sana. 


Ada jugak pantai namanya Juru Beach. Tapi biasalah pantai dekat India tak lah bersih sangat dan ramai sangat pengunjungnya. So kalau nak pergi untuk tengok culture mereka bolehla tapi kalau untuk mencari ketenangan anda akan kecewa. 


Yang di dekat Taman Tergantung . Hurm Takdelah tergantung sangat pon . Ahaaa . Tapi sebab ada dalam pakej tourist guide yang kitorang ambik so turun la tengok2 and ambik gambar.


Ni bergambar depan rumah Shah Rukh Khan tapi rmh sahaja haha . 


Sekian sahaja nukilan kali ini. Kalau ada yang berhajat nak melawat India jgn lupa bawak shade, sunblock, mask dan handsanitizer. 
Nantikan entry seterusnya 😃.. 

Terima Kasih 💃💃






No comments:

Post a Comment