nuffnang..

Wednesday, March 25, 2015

Braces 😁😁

Assalamualaikum...

Kali ni kita nak cerita pasal braces 😃. Sekrang ni dah jadi trending pakai braces ni malah ada fake braces tapi untuk apa gigi dh lawa kau nak gi tampal besi? haha ... Orang yang pakai ni pon dah rasa rimas. 

Pakai braces ni yang penting ialah penjagaan kebersihan kalau tak gigi akan ada staining, nafas berbau, gigi rosak dan yang paling penting tak ada keyakinan untuk bersosial di alam nyata bukan maya haha. 

Tapi kali ni bukanlah nak kritik atau kongsi pasal penjagaan tapi kali ni nak kongsi perubahan yang ketara pada gigi bila pakai braces.

Tadi aku pergi Klinik Pergigian Jalan Mahmood kalau orang kelantan mesti kenal tempatnya. Dulu aku buat rawatan orthodontics(braces) dkt sini tapi bila dah belajar India aku dah transfer sana so kebetulan balik bercuti ni terus balik ambik dokumen iaitu cast and x-ray.



Inilah cast gigi. Before pakai braces dulu dentist akan ambik acuan gigi untuk dia study case kau ni mcm mana dan apa treatment orthodontics yang boleh diberi. 

So dalam case aku ni dentist cakap class 3 'crossbite' atau bahasa melayunya gigitan bersilang. Ada gigi ke dpn dan ada ke belakang. 

Alhamdulillah selepas setahun setengah aku pakai susun atur atau alingment for my upper teeth dh okey. Cuma yang bawah belum lagi. After 2 years pakai baru betul sebelah bawah. Nak dijadikan cerita, selepas dua tahun pakai braces aku tak dapat hadir temunjanji sebab nak SPM. Tak la sampai setahun tapi dalam 5-6 kali appoinment tak dapat pergi. Dulu masa mula2 pakai aku buat dekat klinik daerah yang jauhnya dalam 40 minit dari rmh aku dan lebih kurang sejam dari sekolah. Appoinment pulak hari bekerja sahaja sebab aku buat dekat govermmet 
Setelah  banyak kali tak dapat pergi appoinment, aku rayu untuk transfer ke klinik Kota Bharu yang jaraknya jauh lebih dekat dgn rumah dan sekolah sekita 15-20 minit. 2 tahun rawat di KB aku tak rasa banyak perubahan sebab dia nak rapatkan ruang yang ada. Dan keadaan gigi aku 'under bite' atau bila kita gigit gigi, gigi sblh bawah akan ke depan. Sampai sekarang macam tu tapi ada perbezaan dengan awal2 aku pakai dulu.
 
  
dalam gambar di atas mungkin nampak normal gigi tapi kalau perhatikan yang bawah sebenarnya ke depan. Tapi ada la perbezaan dengan awal2 pakai dulu.

Jadi sesiapa yang teringin untuk palai braces anda boleh betulkan niat bukan untuk lawa tapi untuk keyakinan diri anda. Kalau gigi macam dulu aku memang tak yakin untuk bercakap dan sentiasa malu. Orang kata malu tak bertempat. 

Yang pastinya, pakai braces ni sakit dan menyeksakan untuk makan. Well beauty is pain 💁💁.

Semoga entry kali ni dapat memberi manfaat kepada pembaca. Sekian.
Terima kasih 😃


At least sekarang dapat senyum dan gelak dengan ikhlas 😁😁



No comments:

Post a Comment