nuffnang..

Tuesday, March 3, 2015

1st year dentistry

Assalamualaikum....

Alhamdulillah setelah sekian lama berdiam diri kini ku kembali.. :)
Dan Alhamdulillah sudah  4 bulan aku menuntut ilmu di India. Pelbagai dugaan dan cabara dilalui. 
In shaa Allah gambar akan di share dalam post seterusnya. 

Semalam result SPM. 
Sudap pasti ramai adik2 yang keliru nak pilih course apa. Nasihat akak pilihlah course yang kamu minat dan yakin boleh survive. Jangan ikut kawan. Jangan fikir nak famous je. Tapi kalau permintaan ibu bapa wajib dituruti kalau rasa tak terbeban sebab barakah ibu bapa ni sangat penting. Doa mereka dapat mempermudahkan perkara yang sukar dan menguatkan kita di saat kita lemah. 

Kalau ada yang stress nak pilih course tu cuba tenang, buat solat tahajjud dan pilih dengan rela hati dan jangan rasa terpaksa. Rezeki ni kita tak tahu. 

Pada yang minat dentistry tu meh nak habaq mai sikit, jadi dentist ni tak semudah yang disangka, Aku baru first year dental student tapi dapat rasa dugaan dan cabaran tambah pulak belajar dekat tempat orang yang tak tahu adatnya macam mana. Tapi kita kene usahalah untuk sesuaikan diri. 

Kalau ada orang cakap 'alah jadi dentist tu cabut gigi orang je' boleh cili mulut dia kot. Hahaha. Dentistry ni banyak cabangnya, boleh jadi surgeon, specialist orthodontics, implantation etc. 
Kalau dah cabangnya banyak, sudah pasti belajarnya banyakkan? 

Kalau sistem universiti di India ni, 1st year ada 4 subjek rasanya Malaysia pon sama yang beza tekniknya sahaja. Antara subjeknya
1. Anatomy
    Belajar part badan manusia termasuk, tulang, blood supply, applied anatomy, lymph node, muscle, head and neck region ( sebab ambik dentistry kalau medic whole body lah) , gland, embryology, histology etc. Nak tau lebih lanjut boleh google.

2. Physiology
    Belajar sistem dalam badan, respiratory, renal, blood etc. Kalau yang kita belajar SPM tu sangat lah basic yang ni lagi details. 

3. Molecular Medicine
    Lebih kurang chemistry tpi detail. 

4. Oral Histology.
    Ada dua subjek dalam ni. 
 1. Tooth morphology : belajar pasal anatomy of teeth and carving teeth. carving tu kita guna wax carving block and carver untuk carv semua jenis gigi dalam mulut kita ni. Kalau kat India exam untuk carving gigi 1 hour only. 
 2. Oral Histology : development of teeth. Belajar pasal cell yang involve untuk development of tetth. 

Itulah 4 subjek yang 1st year dental student belajar. Dan banyak lagi perkongsian dalam next entry. Kalau ada adik2 yang berminat dentistry tu boleh apply scholarship MARA, JPA dan mana2 scholarship yang ada offer course dentistry. Boleh jugak masuk Matriculation or Asasi tapi kena score la kalau tak dapat 4 flat tak boleh sambung dekat Malaysia. Negara boleh tapi tanggung sendriri. 

Nak pilih course tu tengok pada keputusan kita jugak takut nanti tak boleh survive nanti degree. 

Sekian sahaja nukilan dari India. Harap dapat membantu adik2 di luar sana, 

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment