nuffnang..

Thursday, January 2, 2014

2014 Azam baru!

Assalamualaikum...

Hi!! How i miss to update my blog but what to do. Schedule memang packed gilaaa. Maklumlah aku tak pernah rasa hidup hostel dan tetiba di usia 18 tahun dicampakkan ke Apartment Bagan Ajam, Penang. Tapi sempena tahun baru 2014 ni salah satu azam aku adalah nak update blog macam dulu-dulu. Macam zaman muda ceyhhhh macam lah aku ni dah tua sangat kan? Tehee.... Apa2 pon 2013 meninggalkan pahit manis kehidupan. Pelbagai cabaran yang datang padaku. 

Kenangan 2013...

Bermula kehidupan baru sebagai Student Foundation in Science di Surya College. In shaa Allah dapat memenuhi syarat MARA dan fly ke India this coming September. : D . Belajar kehidupan baru dan membuka lembaran baru dalam buku diari 2013. 

Mengenali kawan teman dan sahabat baru yang berbeza latar belakang dari negeri yang berbeza loghat yang berlainan. Alhamdulillah kami hidup serumah tanpa persengketaan. Mengenali mereka sangat mendidik diriku untung belajar independant dan berhati batu. Semuanya ada positif dan negatif. Mereka telah banyak mengajar erti kesabaran. 

 Tahun 2013 juga mengajar aku untuk bersabar, menahan perasaan rindu dan rasa sedih perpisahan dengan mereka semua. Ya Allah itu dugaan yang paling sukar untuk aku buat tahun 2013. Kami sentiasa bersama sejak Form 1 lagi (2011) sehinggalah Form 5(2012). Namun pada 2013 kami membawa haluan yang berbeza. Hanya jarak memisahkan kami, hati kami sentiasa bersama buktinya setiap kali cuti wajib kami bertemu. Mereka sahabat yang sentiasa berada di sisi tak kira senang dan susah tak kira masa menangis atau bergelak ketawa. Selepasa berjauhan dengan mereka aku belum jumpa seorang pon kawan yang macam mereka. Thanks GG.. I will always remember our precious moment together and I love you so much!!!

 Ini juga termasuk dalam kenangan 2013 aku. Tahun pertama aku layan dia dengan baik setelah dua tahun aku layan dengan acuh tak acuh dan ikhlas tak ikhlas. Syafiq Shueb maafkan diri ini yang serba kekurangan. Harap 2013 memberi banyak kenangan manis untuk kita. Semoga ini semua berkekalan hinggan ke akhir hayat. Sangat menyesal dengan keputusan dulu yang perasan kuat untuk 'long distance' tapi hakikatnya aku sangat lemah yang menguatkan diri ini hanyalah doa doa dan doa. Aku kuat bila bergantung sepenuhnya kepada yang Esa Allah S.W.T.. In Shaa Allah kalau ada jodoh tak ke mana. Jodoh itu ketentuan ilahi.

Azam Baru ku bermula pada 1 Januari 2014. Tutuplah segala yang berlaku pada 2013 kenangan manis akan dikenang begitu juga kenangan pahit. Tapi akan ku mula langkah baru. Mula mencapai impian dan cita2 dalam realiti. Kembali update blog seperti dulu2 . Bagi aku update blog ni boleh menaikkan semangat untuk terus berjuang. Yeah!! Fighting. Long Distance ialah cabaran untuk aku dan dia. Kami diuji kesetiaannya. Dengan izin Allah kami akan bahagia di masa depan. 

Sekian.


No comments:

Post a Comment