nuffnang..

Monday, August 22, 2011

No subject....

Assalamualaikum...

Hello! Malam ni tergerak hati nak update blog Liyana Ariffin. teehee. Titile diberi 'no subject'. memang no subject pun. Kalau you all ada masa free tuh baca lah tapi kalau tak ada it's fine. I faham dunia penuh pancaroba sana sini semuanya sibuk dengan alam maya. Penuh dengan dugaan yang datang bertubi-tubi bagaikan tumbukan si pengganas. Apa yang i mencarut ni. Aha memandangkan Raya dah nak dekat ni, how's your preparation? Baju dah siap? Selipar, Bag, tudung n semua aksesori dah siap? Kuih dah buat atau dah beli? tehee. soalan basic ni kalau dah dekat nak RAYA soalan sebegini sering terngiang-ngiang di telinga. huhu. Jam ni I bukan nak cakap pasal Raya. Kalau cakap pasal raya kene tunggu malam Raya atau Hari Raya baru mantop!. kan kan kan? Tak gitu? 

Ow yess! back to the business. Actually, I would to talk about life. OMG life? why why why? haha. No la I just nak cakap pasal dunia dunia dan dunia. You all pernah terfikir tak hidup kat dunia sementara ni tiada yang kekal? Perasan? Tapi ada perkara yang kekal tau. Nak tau apa? Aha! Agama, Allah SWT, Rasullullah dan Islam merupakan perkara yang kekal. I bukan nak berfalsafah sebab memang tak layak nak berfalsafah. Bukannya dah dapat PHD. Baru lepas PMR jer pon. SPM pon entah ke mana lagi. Tapi orang kata berkongsi ilmu ni tak salah. Ilmu juga tak mengenal usia. Lihat saja Adi Putra sekarang ni dah ada syarikat sendiri CEO pulak tuh. FUyyooo!! .. ok! dah mencarut jauh. huhu.. 

Kalau you all nak tahu family, friends and girls/boy friends you all tuh tak kekal. Hanyalah sementara. Kalau hal family tak mahu lah berbicara panjang. Yang nak ditekankan ni hal teman-teman. Bukan apa anak muda sekarang ni terlalu mementingkan kawan hingga menghancurkan diri sendiri. APA kes? Haiisshh.. Geramm seyh!. Cuak pon ada. Kalau kawan tu baik xpelah. Ni kawan makan kawan. Apa jenis kawan macam tuh. Cakap bukan maen lembut. 'Saya tak kan memperjudikan kawan sendiri hanya untuk lelaki' alahahaiii bagai menanam tebu di bibir. huhu. Kalau benar apa yang diperkatakan tak apalah tapi kalau sekadar janji Melayu, apa kes? CUAK!. At last, memburukkan kawan sendiri jugak. Ni baru hal kawan sejantina. Kalau girl/boy friend. HOW? Lagi teruk kan? Bayangkan lah orang yang bertunang boleh putus, yang kahwin pon boleh bercerai ni kan couple jer. INGAT couple bukanlah satu relationship yang dihalalkan. Bukannya anti-couple. Tapi dengan cara yang betul dan profesional. OK jer. Tapi ni sampai menunjuk-nunjuk. Perubahan zaman tidak pernah menghalakan perkara yang haram. 

In a nutshell, wah! macam buat essay la pulek. Cintailah, sayangilah dan berteman sejatilah dengan agamamu. Allah SWT akan setia dengan umatnya selagi kita juga setia dengannya. Kalau kita tersilap masih diampuni selagi mohon keampunan dan bertaubat. Ini lah perbezaan dengan manusia. Manusia tidak akan pernah lupa akan dendam dan tidak mudah untuk memaafi walaupun berlaki-kali dipohon keampunan. Rasulullah juga menyayangi umatnya selagi kita mentaati perintah dan baginda akan membantu kita di akhirat sana. Adakah semua kawan-kawan kita dapat membantu kita ketika senang dan susah di dunia ini? Kalau tidak, bagaimana mereka membantu kita di akhirat sana? Al-Quran membantu kita di Alam Barzakh dan di Akhirat sana. Mesej, chatting atau surat dari girl/boy friend dapat membantu kita di Akhirat? Jika di dunia pon hanya dapat melalikan adakah di Alam barzakh dapat menenangkan kita? 

Sesungguhnya, tidak semua kawan jahat. Tidak semua mereka mengkhianati kawan. Ada juga kawan yang membawa kita ke arah kebaikan yang dapat membantu kehidupan di Alam barzakh dan di Akhirat. Namun, semua itu bergantung kepada kita. Stabilkanlah kehidupan duniawi dan ukharawi. Renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah. :) 

No comments:

Post a Comment