nuffnang..

Wednesday, August 17, 2011

17 Ramadhan ..

Assalamualaikum...

Pejam, celik, pejam , celik.... hari ni hari yang ke 17 kita menunaikan ibadat . Alhamdulillah. 17 Ramadha merupakan satu tarikh bersejarah buat umat islam iaitu penurunan Al-Quran atau Nuzul Quran. 


Mungkin ada di antara kita yang ingat Nuzul Quran ini merupakan hari untuk cuti dan mungkin hari untuk mencari persiapan hari raya. Mengapa kita tidak menggunakan hari cuti ini untuk membaca dan menghayati Al-Quran? Adakah susah untuk melakukannya. Mengapa novel kita boleh baca berbuah-buah dalam satu bulan. Mengapa kita tidak khatam sekali sahaja Al-Quran di bulan Ramadhan ini? Niat, bukan untuk samakan Al-Quran dengan Novel tetapi sebagai peringatan untuk kita. bahawa hidup ini mesti balance di antara duniawi dan ukhrawi. 

 Sekian sahaja. Selamat Menyambut Nuzul Quran. 

No comments:

Post a Comment