nuffnang..

Tuesday, August 23, 2011

Luahan Hati yang di 'freezing' kan

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan dan salam 1 Malaysia. Wah! Macam ucapan majlis rasmi gitueew... Malam ni mood macam mengadey-ngadey + serabut jah. So, di waktu yang ada I nak luahkan apa yg terbuku atak membeku from bottom of my heart. ayat rojak* Actually, I paling tak suka orang yang suka ambik tahu hal orang lain. Atau dalam peribahasa Melayu Jaga tepi kain orang lain. Haddoii yay! why why why? Tell me why. Manusia ni memang lumrah hidup kah? Memang hobi kah? Atau memang amalan kah? Kalau nak ambik tahu hal orang sangat jadilah murai.com. Bukan main lagi usaha tanya tu lah ini lah sekadar nak ambik tahu hal peribadi orang. Kalau tahu tapi duk senyap2 boleh tahan lagi tapi ni tidak. Jadi bahan bualan pulak.. Apa kes? 

Pesanan untuk pembaca. Janganlah asyik nak ambik tahu hal orang lain. Kalau sikit2 tuh tak mengapa. Tapi kalau nak tahu sapa teman istimewa dia, teman tapi mesra dia, dia suka kat sapa, dia mengharap kat sapa dan soalan yang sewaktu dengan nya. Baik tak perlu. Keep in mind, silence is golden. Tapi kalau orang tuh nak cerita dengarlah tapi jangan menghebohkan keaiban dia. Jika kita melindungi keaiban teman kita nescaya Allah turut melindungi keaiban kita di akhirat kelak.. Sekian terima kasih. :)

Monday, August 22, 2011

No subject....

Assalamualaikum...

Hello! Malam ni tergerak hati nak update blog Liyana Ariffin. teehee. Titile diberi 'no subject'. memang no subject pun. Kalau you all ada masa free tuh baca lah tapi kalau tak ada it's fine. I faham dunia penuh pancaroba sana sini semuanya sibuk dengan alam maya. Penuh dengan dugaan yang datang bertubi-tubi bagaikan tumbukan si pengganas. Apa yang i mencarut ni. Aha memandangkan Raya dah nak dekat ni, how's your preparation? Baju dah siap? Selipar, Bag, tudung n semua aksesori dah siap? Kuih dah buat atau dah beli? tehee. soalan basic ni kalau dah dekat nak RAYA soalan sebegini sering terngiang-ngiang di telinga. huhu. Jam ni I bukan nak cakap pasal Raya. Kalau cakap pasal raya kene tunggu malam Raya atau Hari Raya baru mantop!. kan kan kan? Tak gitu? 

Ow yess! back to the business. Actually, I would to talk about life. OMG life? why why why? haha. No la I just nak cakap pasal dunia dunia dan dunia. You all pernah terfikir tak hidup kat dunia sementara ni tiada yang kekal? Perasan? Tapi ada perkara yang kekal tau. Nak tau apa? Aha! Agama, Allah SWT, Rasullullah dan Islam merupakan perkara yang kekal. I bukan nak berfalsafah sebab memang tak layak nak berfalsafah. Bukannya dah dapat PHD. Baru lepas PMR jer pon. SPM pon entah ke mana lagi. Tapi orang kata berkongsi ilmu ni tak salah. Ilmu juga tak mengenal usia. Lihat saja Adi Putra sekarang ni dah ada syarikat sendiri CEO pulak tuh. FUyyooo!! .. ok! dah mencarut jauh. huhu.. 

Kalau you all nak tahu family, friends and girls/boy friends you all tuh tak kekal. Hanyalah sementara. Kalau hal family tak mahu lah berbicara panjang. Yang nak ditekankan ni hal teman-teman. Bukan apa anak muda sekarang ni terlalu mementingkan kawan hingga menghancurkan diri sendiri. APA kes? Haiisshh.. Geramm seyh!. Cuak pon ada. Kalau kawan tu baik xpelah. Ni kawan makan kawan. Apa jenis kawan macam tuh. Cakap bukan maen lembut. 'Saya tak kan memperjudikan kawan sendiri hanya untuk lelaki' alahahaiii bagai menanam tebu di bibir. huhu. Kalau benar apa yang diperkatakan tak apalah tapi kalau sekadar janji Melayu, apa kes? CUAK!. At last, memburukkan kawan sendiri jugak. Ni baru hal kawan sejantina. Kalau girl/boy friend. HOW? Lagi teruk kan? Bayangkan lah orang yang bertunang boleh putus, yang kahwin pon boleh bercerai ni kan couple jer. INGAT couple bukanlah satu relationship yang dihalalkan. Bukannya anti-couple. Tapi dengan cara yang betul dan profesional. OK jer. Tapi ni sampai menunjuk-nunjuk. Perubahan zaman tidak pernah menghalakan perkara yang haram. 

In a nutshell, wah! macam buat essay la pulek. Cintailah, sayangilah dan berteman sejatilah dengan agamamu. Allah SWT akan setia dengan umatnya selagi kita juga setia dengannya. Kalau kita tersilap masih diampuni selagi mohon keampunan dan bertaubat. Ini lah perbezaan dengan manusia. Manusia tidak akan pernah lupa akan dendam dan tidak mudah untuk memaafi walaupun berlaki-kali dipohon keampunan. Rasulullah juga menyayangi umatnya selagi kita mentaati perintah dan baginda akan membantu kita di akhirat sana. Adakah semua kawan-kawan kita dapat membantu kita ketika senang dan susah di dunia ini? Kalau tidak, bagaimana mereka membantu kita di akhirat sana? Al-Quran membantu kita di Alam Barzakh dan di Akhirat sana. Mesej, chatting atau surat dari girl/boy friend dapat membantu kita di Akhirat? Jika di dunia pon hanya dapat melalikan adakah di Alam barzakh dapat menenangkan kita? 

Sesungguhnya, tidak semua kawan jahat. Tidak semua mereka mengkhianati kawan. Ada juga kawan yang membawa kita ke arah kebaikan yang dapat membantu kehidupan di Alam barzakh dan di Akhirat. Namun, semua itu bergantung kepada kita. Stabilkanlah kehidupan duniawi dan ukharawi. Renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah. :) 

Wednesday, August 17, 2011

17 Ramadhan ..

Assalamualaikum...

Pejam, celik, pejam , celik.... hari ni hari yang ke 17 kita menunaikan ibadat . Alhamdulillah. 17 Ramadha merupakan satu tarikh bersejarah buat umat islam iaitu penurunan Al-Quran atau Nuzul Quran. 


Mungkin ada di antara kita yang ingat Nuzul Quran ini merupakan hari untuk cuti dan mungkin hari untuk mencari persiapan hari raya. Mengapa kita tidak menggunakan hari cuti ini untuk membaca dan menghayati Al-Quran? Adakah susah untuk melakukannya. Mengapa novel kita boleh baca berbuah-buah dalam satu bulan. Mengapa kita tidak khatam sekali sahaja Al-Quran di bulan Ramadhan ini? Niat, bukan untuk samakan Al-Quran dengan Novel tetapi sebagai peringatan untuk kita. bahawa hidup ini mesti balance di antara duniawi dan ukhrawi. 

 Sekian sahaja. Selamat Menyambut Nuzul Quran. 

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan Al-Mubarak..

Assalamualaikum...

Dah lama i tak update blog. Teringin sangat nak update cuma masa sentiasa mencumburui ku. Wah! Ayat power tuh. teheee. Hari ni dah 4 Ogos dan 4 Ramadhan. Ini bermakna dah 4 hari umat Islam menunaikan ibadat wajib iaitu berpuasa. Alhamdulillah. Pejam jelik pejam jelik. Kita dipanjangkan usia untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Doakanlah supaya kita dipanjangkan usia dan diberi kesihatan tubuh badan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama orang tersayang. Okey! I tak nak bagi tazkirah panjang2 sebab i ni bkn nye mahir sangat. tehee.. 

Memandangakan bulan Ramadha ini merupaka bulan berkat. ayuhlah kita mengejar pahala dan insafkan diri agar kita dapat mulakan satu hidup baru di masa depan. InsyaAllah. Mesti you all tengah kalut nak cari baju la tudung la, itu la ini la. huhu.. Bak kata mudah, persiapan untuk Hari Raya kan? Apa-apa pun, janganlah terlalu boros. Dalam berbelanja tuh ingatlah orang yang susah di luar sana. :)

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHA AL-MUBARAK