nuffnang..

Tuesday, December 14, 2010

MimPi..MimPi..oowhh Mimpi..

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Kalau semalam saya cakap pasal Result PMR.. Pagi ni saya nak cerita pasal mimpi semalam. Memang sah kalau dekat2 dengan tarikh keluar result. Macama-macam muncul dalan mimpi. Semalan saya dah mimpi pasal result. Ya Allah saya tak nak result macam dalam mimpi. Dah kali ketiga saya mimpi pasal result. Sebelum ni saya hanya berada dalam situasi ambil result tapi yang hairan nyer saya tak dapat lihat berapa A yang saya dapat.

Tapi semalam, Ya Allah. Saya termimpi yang saya dapat 6A iaitu kurang 2A daripada yang saya ingin. Yang B ialah Pai n KHB.Ya Allah saya nak 8 A!!!!. Teringat pula masa result UPSR pada tahun 2007. Dulu seminggu sebelum result UPSR keluar saya termimpi dapat 3A iaitu kurang 2A daripada apa yang saya dapat. Kalau lah mimpi kali ini seperti dulu juga. InsyaAllah saya dapat 8A. Tapi orang kata mimpi itu hanyalah mainan tidur so, tak dapat lah ramal apa2. Apa yang mampu sekarang hanyalah bertawakkal dan bersedia untuk menghadapi masa2 getir.

Kalau trial PMR saya dapat 6A 2B mestilah mengharapkan PMR 8A dan kalau ada rezeki nak ke MRSM. Tapi harapan untuk ke MRSM tak taulah mampu ke tak, memandangkan exam MRSM memang susah la bebb. Misi saya sekarang adalah ingin berjaya seperti angah. 'At least i must be like she'. Kalau saya mampu untuk menjadi lebih dari angah saya akan berusaha.

Pasti ada yang tertanya-tanya mengapa saya letakkan kakak saya sendri untuk jadi lawan?
Jawapannya adalah: saya tak mahu lawan dengan orang lain sedangkan kakak sendiri saya tak mampu tandingi. Sekarang ini saya mesti mendapatlan keputusan 8A dalam PMR.

Ya Allah berikanlah kejayaan kepada ku, dan semua orang di sekeliling ku di dunia dan akhirat. Tabahkanlah dan berikan lah kami kejayaan dalam keputusan PMR nanti.

Moga-moga kita semua memperoleh kejayaan..InsyaAllah..Amin

No comments:

Post a Comment