nuffnang..

Saturday, December 11, 2010

HoLidaY with FaMiLy.. oh yeahh!!

Assalamualaikum...

Post kali ni nak cerita pasal holiday dengan family. 'Cuti-cuti Malaysia' jer tak pergi jauh2 dalam Malaysia pon banyak tempat menarik yang masih belum dikunjungi. So, Parents buat keputusan untuk bercuti dua hari kat Terengganu. Bertolak lepas Jumaat dan pulang selepas asar pada hari sabtu. Yang sedihnya kami tak dapat bercuti lama seperti orang lain yang sampai 1 minggu, memandangkan Mama n Angah bekerja. :(..Tapi tak mengapa at least ada holiday dan kenangan bersama keluarga.

Tak nak la menaip panjang2.. dah nama pon holiday mesti picture jer yang banyak. Tapi kali ni nak cerita satu tempat jer.. :p. Actually banyak jugak tempat yang pergi cuma malas nak cerita panjang lebar dalam keadaan 'berrdeebbar@demam result PMR'.
Antara tempat yang dikunjungi :
~semestinya kedai batik 'BATIK HUNGGA'
~Pasar Payang
~Pulau Warisan
~Pulau Duyong
~Satu tempat yang membawa anda menjelajah satu dunia...



So, saya nak cerita pasal Taman Tamduan Islam..Ini lah tempat yang mebawa kami menjelajah satu dunia.

Tapi kan nak masuk dalam tuh kene ada passport tau...Dah nama pon nak jelajah dunia mesti kene ada passport HAHA...


eihh..jangan runsing..jangan susah-susah pergi ke Pejabat Imigresen...
hehe..Passport ni murah jer..
Adult: RM 15
Child: RM 8
Senior Citizen: RM 8
Child under 6 years old: free..

Memang berpatutan lah harga passport nak menjelajah dunia ni..dah la nikmat gilerr beb berada dalam Taman Tamadun Islam..YeYY!!!..dah ada Passport JoM kita Jelajah!!..hooRREEYYY

WOww!!!..Telah terbang ke China.."Weiy, Ni hOu Ma"...hehe
Xian Mosque, China....

Masjid ini didirikan pada tahun 1392 M oleh Laksamana Cheng Ho pada zaman dinasti Tang. Walaupun rupabentuk masjid ini kelihatan seperti Kuil Buddha, tetapi kedudukannya adalah mengadap kiblat.

Nah!!..Ibu2 Bapa2 Ayuh dong!! "sekarang kita udah tiba di Kudus Minar, Central Jaya, Indonesia"

Dibina pada tahun 1549 oleh Sunan Kudus ( Ja'far Shodiq). rekabentuk masjid ini bercirikan campuran Hindu dan Jawa. Paling ketara adalah menaranya yang berbentuk seperti Chandi yang kebiasaannya ditemui di kawasan Kuil Hindu.

Dari Indonesia..JoMM kita ke Pattani Central Mosque, Thailand
"Samadhikharp"

Dibina Pada tahun 1954 semasa pentadbiran Fil Marsyal Sarit, masjid ini menyerupai rekabentuk Tak Mahal. Masjid ini merupaka tumpuan utama penduduk Islam Thai dan menjadi pusat untuk upacara keagamaan.

China ke Indonesi..Indonesia ke Thailand..Kini Kami berada di Agra, India..
Taj Mahal...

Maharaja Mughal kelima, Shah Jahan telah membina Istana Taj Mahal bagi mengenang kisah cinta abadinya. Ia juga sebagai simbol sayang terhadap isterinya, Mumtaz Mahal.
Sungguh indah binaan Masjid Al-Aqsa..
Ini pula Great Mosque of Samarra, Iraq

Masjid ini dibina semasa perintahan Khalifah Abassiyah Al-Mutawakkil pada abad ke-9. Berdiri dengan megahnya di dalam bandar tertua dunia, salah satu keunikannya ialah Menara Berpusing yang terletak di bahagian utara masjid ini.Masjid yang berwarna biru dah tenang ini pula merupakan
Abu Nasr, Afghanistan...

Dibina pada abad ke-17 dalam gaya Tinurid. Antara ciri menarik makam berbentuk Octagon ini ialah dua tiang beri hadapannya. Pembinaan makam ini adalah bagi mengabdikan jasa ahlu teologi terkemuka. Khwaja abu Nasr Parsa.
Mosque of Mohamed Ali, Egypt

Juga dikenali sebagai masjid Alabaster berikutan penggunaan bahan ini dengan banyak didalam pembinaannya. Masjid ini dibina oleh Mohammed Ali yang pada zaman perintahnnya dianggap sebagai zaman pembaharuan Mesir.

Suleyman Mosque, Turkey

Masjid ini dibina pada tahun 1557 M, di zaman Empayar Ottoman dalam tahun ke 46 pemerintahan Sultan Suleyman. Ia menempatkan infirmari, sekolah perubatan, hospital, kedai, penjara dan tempat penyimpanan senjata.
Selain daripada gambar2 di atas ada banyak lagi masjid2 seluruh dunia yang terdapat di TTI ini..

Kepada ibu bapa yang bawa anak2 kecil tuh jangan runsing..anak-anak anda boleh berhibur di taman permainan oohh YEAHH!!..


Tunggu apa lagi??!!!...JOM PAKAT GI!!!...haha...

Happy dapat bercuti bersama family di terengganu..Actually ade lagi gambar2 yang ke tempat lain..tapi nampaknya setakat ini sahaja..yang mampu di paparkan dalam blog..

No comments:

Post a Comment