nuffnang..

Tuesday, December 21, 2010

Birunians..'We Proud to be together'.. :)

Assalamualaikum ..

Hari ni debaran RESULT semakin dirasai. Tapi dalam debaran itu saya terbayang waktu belajar bersama-sama dengan teman2 Birunians yang telah banyak mengajar saya erti kehidupan. Walaupun saya tak rapat dengan semua Birunians dan saya sering bersama GANG G.G yang merupakan sebahagian daripada Birunians tetapi perasaan sedih muncul setelah saya sedar bahawa kita semua akan berpecah next year. Ada yang akan ke SBP, MRSM dan ada yang masih tinggal di BUMI MAHER tapi kita tidak akan bersama seperti Form 1, Form 2 n Form 3.

(Izinkan saya untuk bahasakan diri 'aku' kerana kami(birunians) terlalu rapat dan kami lebih senang menggunakan istilah 'aku'..hanya kepada sesetengah sahaja yang bahasakan diri 'saya')


Ini lah gambar kenangan kita selama 3 tahun bersama. Melalui waktu senang dan susah. Mengenal erti persahabatan dan kehidupan. menempuhi waktu suka dan duka. Walaupun aku bukanlah seorang kawan yang sejati dan baik tetapi Birunians sentiasa di sisi dan ingin berkawan dengan aku. Thank You so much Friends..

Ketua kelas selama tiga tahun berturut-turut yang aku memang bangga la ada kawan macam dia.. Sabar walaupun girls sentiasa mengarah buat itu la ini la..Tapi dia senyum :) dan tak pernah marah.. Itulah dia ISYRAF..seorang yang tenang dan tabah dalam apa jua keadaan..
Isyaraf: semoga kau dapat kebahagian di dunia dan akhirat dan kekalkanlah sifat tenang itu..sesungguhnya itulah satau-satunya prinsip kau yang aku hormati..Nanti kalau dah berjaya ke MRSM tuh jangahlah lupa anak buah kau kat MAHER.. :)


Seterusnya, Syafiq yang merupakan teman setia kepada Isyraf. Tengolah pic kat atas tuh memang sejati dua orang ni. Syafiq, kau pon sorang yang tenang dan tak pernah marah girls walaupun kita orang sentiasa buat kau marah tapi kau jadikan itu sebagai bahan gurauan. Teruskan perangai itu yer!.. ERmm...Aku memang selalu buat kau marah, dulu aku gossip kan kau dengan Milin n panggil kau syalin ( gabungan nama kau n milin 'syafiq+milin=syalin' HAHA..act, semua tu tak ada makna apa2 hanyalah gurauan untuk memeriahkan suasana. Kau pon kalau dah dapat pergi MRSM tuh janganlah lupa dekat kita orang di MAHER..
Panggilan aku kat kau seperti..syebob, monster, kitty or whateva tuh hanya la gurauan semata-mata..jangan terasa eik..Kau pon panggil aku macam2 gak..Besi, Pingu & macam2 lagi. Itu pon aku jadikan sebagai bahan memeriahkan suasana. Aku doakan kau berjaya capai cita2 kau nak further study kat KOREA nak jadi macam Kim Hyun Joong..hehe...GOOD LUCK !! and Always smile kitty :)


Dalam kehidupan ini mesti ada pelbagai jenis sifat manusia. Dalam Dunia Biruni pon sama. Syafiq n Isyraf bersifat tenang. Tapi ada juga yang panas baran. Biasalah saling melengkapi. Ada api ada air. Kalau api panas, air tolong sejukkan. Faris ni agak panas baran tapi aku tak kisah sangat sebab aku pon kadang2 suka marah2. HAHA. Faris aku nak minta maaf dengan kau sebab aku sentiasa gossip kan kau dengan Dee n panggil kau monkey dan ada satu lagi tuttt..(harap kau tahu, aku x nak sebut kat sini) hehe. Itu semua gurauan semata-mata janganlah kau terasa dengan panggilan itu. Aku harap next year kau stay kat MAHER dan bersama kami. Walaupun dulu Birunians pernah ada misunderstanding dengan kau tapi kerana kita semua sahabat, kita dapat selesaikannya dengan baik. Alhamdulillah.. Kalau kau pindah next year, jangan lupa kita orang semua.. :)
Kamal Fikri, yang facebook dia bernama Fiq Ri..dan dalam pic kat atas yang pakai baju warna putih..HAHA..:))..Kamal aku nak minta maaf dengan kau sebab aku tahu aku ni bukannyer baik sangat. Kalau ada silap salah tu harap di maafkan maklumlah aku ni manusia biasa jer tak lari daripada silap dan salah. Dan kalau aku ada marah2 kau sebab aku ni pon panas baran dan kuat marah. Aku doakan yang kau sentiasa berjaya berjaya dan hidup bahagia. Semoga dapat mencapai cita2 yang diimpi-impikan. :)

Tak lupa kepada 'songkok-boy' iaitu Hariz. HAriz kawe meme banyok wat saloh nge demo. 1st skali duk gossipkan dengan Iqa, 2nd duk panggil 'songkok-boy'. Tapi yang paling penting kawe duk gossipkan demo dengan Iqa secara senyap2. Bukan apa kami semua nak tengok kawan kami yang bernama Hariz bercakap dengan Iqa. Tapi malangnya tak berhasil. Tak mengapa mungkin suatu hari kelak. InsyaAllah. Terima kasih sebab demo sentiasa berdakwah dan menyedarkan kami daripada terpesong. Kalau form 4 nanti demo dah gi MRSM janganlah lupa kawan2 di MAHER.. :)
Otai 3 Biruni memang tak aisng lagi, semestinya Azamudeen atau panggilan nya ABU. Abu aku memang tak nafikan yang kau memang otai dalam kelas. Aku yang nak marah kau pon pasti tak jadi malah aku gelak sama. HAHA..Abu aku mengharapkan kau jadi lebih matang dan jangalah berperangai macam dulu yer. Aku harapkan kejayaan dalam hidup kau. Dan aku nak minta maaf sebab gossipkan kau dengan Aisyah. Anggaplah itu satu gurauan yer! :).. Abu ur tagline 'i'll change'.. Aku pasti yang kau akan berubah satu hari nanti sebab sekarang kau telah berubah dari selangkah ke selangkah. :)..

Tamat lah cerita 6 Putera 3 Biruni..Kini aku nak ceritakan pasal Puteri2 yang comeY2..

Gandingan untuk Isyraf ialah Amalina. Bukan gandingan apa2. Amalina ni penolong ketua kelas. Perbezaan Amalina dengan Isyraf bagai langit dan bumi. HAHA..Takdelah gurau jer. Amalina memang sentiasa menyokong girls so, Isyraf sentiasa mengalah dengna kami. Maklumlah Isyraf kan gentleman gtuh. :).. Amalina pon ada kata yang mungkin next year dia nak pindah. So, kenangan selama 3 tahun ni akan menjadi memori indah kita semua. Amalina saya doakan awak sentiasa berjaya n comey2 selalu yer!. Moga kenangan kita dalam Gang G.G kekal selama-lamanya. :)..I'm gonna miss u miss Leena..Love u Melin.. :)

Kanak2 cute 3 Biruni. HEHE..Gurau saja. Elly merupakan seorang yang bijak, pandai, cute + comeY.. :) Elly dah decide yang nak stay kat MAHER. Kalau aku duk kat MAHER mesti dapat belajar dengan Elly lagi. Best jugak, yang penting dapat usik2 dia. :D. Elly ni tak lah pemarah sangat, dia cool jer. Elly nanti dah bekerja & berjaya tuh. Kekalkanlah segala memori kita bersama. Aku minta maaf kalau ada sakit kan hati or menyusahkan u elly, selama kita berkawan ni, aku senang ada kawan macam elly. Thank you elly.. :) Saranghae..




Datin dah datang!..HAHA..ni nak cerita pasal Iqa Ismail. Sapa tak kenal Datin kecik ni.? Kali ni tak mau letak gambar dia sorang sebab memang banyak gilerrr beb. Sampai tak tahu nak pilih yang mana. Last2 pilih yang ni, takpe kan Iqa?.. Act, Iqa ni seorang yang suka pOkpEk, I suka u punya pOkPek. Teruskan kerana itulah kenangan kita Iqa. Kalau dah ke MRSM janganlah lupakan aku. Kalau dulu kita penah bergaduh tapi kerana persahabatan yang utuh. Kita dah jadi se kepala. Bab2 gossip-gossip kan orang tuh memang bagi kat kita lah. Pernah kita gelar diri sendiri sebagai SB n SK( biarlah rahsia) :D, dan SXB kita ialah Ecah. Iqa kalau u dah gi MRSM I'll miss you forever. Love u Iqa.. :)


Yunk! Milin merupakan Yunk aku.. hehe..Yunk! I love you walaupun u in relationship with Elly Hisham di FB tapi I love you so much. Yunk! Kekalkanlah kejayaan dalam public speaking and debate. "Bet the rest , be the best!" Thanks for everything, although next year we're going seperate way but I hope our friendship will last till the end. All the best, Best of luck! :) Just the way you are and proud to be yourself. I believe that you can succeed because you are the one with charisma. Love you so much. Im gonna miss you. :) Take care and our memories will last forever. :)...Wo ai nie..



Sahabatku yang cute.. Itu dia Dee..Dee aku rindu mu. Aku nak peluk mu buat selama-lamanya boleh?..Tapi takut ada yang marah HAHA.. :)) Dee yang aku kenal adalah seorang yang sentiasa terukir senyuman manis di bibir, seorang yang tabah, seorang yang berani. Dengan kriteria itu aku percaya yang dee mampu digelar DR.DEE suatu hari nanti. Semoga berjaya yer sayam!..Dee semua kenangan u dengan si dia jadilah sebagai memori dan bukalah lembaran baru untuk tahun 2011 kerana form 4 dan form 5 merupakan saat2 getir untuk kita membuktikan siapa diri kita ini. Dee I love you. Terima kasih kerana sudi jadi kawan aku walaupun aku bukanlah seorang yang baik. :)..Thank you..Semoga kita sama-sama berjaya..

Dalam 3 Biruni ada pasangan kembar iaitu Dee n Ecah. Ecah kawan yang sentiasa bergaduh dengan aku. Ecah Saranghae, walaupun kita selalu bergaduh tapi bergaduh sayang-sayang. :)
Gambar Ecah ada kat atas tuh berasama Dee. ecah maafkan aku sebab aku selalu gossipkan mu dengan 'Gigi Emas' & Azhan itu hanyalah gurauan. :).. Next year may be kita dah tak sekali lagi, semoga memori indah kita kekal buat selama-lamanya. :)

NAZLIN, TI-AH, TI-HAH, NAJWATIE, SUHANA

Saya akui yang saya kurang rapat dengan korang semua. Tapi itu tak bermakna yang saya tak sayang kan korang. Saya sayang semua kawan saya, mungkin jiwa kita kurang persamaan tapi saya tetap sayangkan korang. LOVE YOU ALL..muah!


Nazlin seorang pelajar yang tinggi lampai. Tengok gambar pon dah tahu. Leen walaupun saya tak bersama awak dalam waktu susah tidak bermakna yang saya membencikan awak. Tapi saya tak mahu perkara yang sama kembali. Nazlin semua itu dijadikan sebagai sempadan untuk kita sama-sama jauhi. Bukalah lembaran baru untuk tahun depan. Sama-sama lah kita berubah daripada yang buruk kepada yang baik. Hidup ini ibarat roda, kadang-kadang kita di atas dan sesekali kita di bawah. Saat di bawah la kita akan berasa sunyi walaupun sahabat di samping kita. So, be strong dan juba lupakan dan berubah. Tidak bermakna kalau awak just lupakan perkara itu tapi tidak berubah. Sukar untuk kita terus berubah kerana kita hanya manusia biasa, tapi sewaktu kita berubah cuba jauhi perkara yang menyakitkan hati. Apa-apa pon saya doakan kita akan menemui hidup yang bahagia dan harap2 teman sentiasa di sisi Maafkan lah atas semua kesilapan :)

FATIHAH, ATIAH, NAJWATIE, SUHANA..

Fatihah atiah Najwati n suhana.. Saya sedar yang saya kurang rapat dengan korang tapi semua itu tidak bermakna saya membenci korang. Maaf atas segala kesilapan yang saya buat. Walaupun kita tak bersama tapi saya harap kita akan terus berteman kerana Berkwan biar beribu!..Terima kasih kerana sudi menjadi kawan yang baik kepada saya. THANK YOU SO MUCH.. LOVE YOU ALL.. :)



Birunians..
Aku sayang korang semua. AKu tukar lago blog Tentang Bulan ini khas untuk korang semua. Kalau dalam lirik lagu '5 sekawan' tapi kita '18 sekawan' We Proud to be Together' Sungguh sedih untuk meninggalkan 3 Biruni. Tapi pejam celik pejam celik dah tiba untuk kita menjadikan 3 Biruni dalam kenangan. Bagi aku, korang merupakan bulan dan bintang. Kerana jika bulan tiada Malam kegelapan
tanpa Bintang hilanglah keindahan.

Korang teman dalam susah dan duka. Kalau korang tiada hidup ni akan gelap dan tidak seindah sekarang. Satu lagu yang korang perlu dengar ialah lagu SAHABAT-Aizat.. Aku sayang korang semua.

Korang mesti janji yang tak akan lupakan kenangan indah bersama..

SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA DUNIA AKHIRAT DAN HIDUP SENTIASA DI BERKATI.
I love You..Saranghae..Wo ai ne..Ashiteru.

Teman tak sentiasa di sisi tapi sentiasa dekat di hati.

Our Memories will last forever.
I'll love you all until my last breath.

No comments:

Post a Comment