nuffnang..

Friday, December 31, 2010

I'm gonna miss You 2010.. :( :)..



Assalamualaikum..

Apasal tiba2 ada gambar tuh? hehe..actually ni last pic for 2010. Esok 1 Januari 2011 dah datang menjelama. Hari ni dia dah cuba menjenguk dan menyedarkan diri saya yang tak berapa nak sedar yang hari ni merupakan hari akhir dalam tahun 2010. Sungguh sedih rasanya. Dah macam2 saya pelajari dalam tahun 2010. Tapi dia dah nak tinggal. sob sob :'( sedihnyer. So, dalam beberapa jam sebelum tahun baru saya nak cerita sikit pasal tahun 2010 yang penuh suka dan duka ini. Dan sebelum blog melabuhkan tirainya. ooppss! bukan dah x ber-blogging tapi melabuhkan semua cerita2 2010 kepada kenangan terindah.

Cerita pertama yang tak sabar nak diceritakan ialah kejayan saya dalam PMR. Bukan nak menunjuk tapi saja nak cerita pasal kejayaan 2010. Saya tak pernah sangka yang saya akan mendapat result macam di bawah. Bukannyer kurang keyakinan tapi kejayaan tu satu yang membawa kebanggaan kepada diri saya sendiri. Selama tiga tahun tak pernah sekali sentuh angka 8. Tapi tiba-tiba 23/12 baru ni dapat sentuh. Alhamdulillah. Segala penat lelah dah pon berhasil. Itulah makna tersurat dalam moto 'usaha itu tangga kejayaan'. Kalau kita berusaha dengan gigih dan ikhlas sudah pasti kejayaan itu menjadi milik kita. Amin. :)



Ini dia gambar nya. Alhamdulillah.



Biruni mencatakan
8A
12 orang

7A
4 orang

6A
seorang

2A
seorang

congrats!.. :)


125 Maherians berjaya mendapat straight A's..
Congratulation.. :)

2010 juga penuh dengan kenangan yang tak kan dilupakan. Terutamanya kenangan bersama Gang G.G, Birunians yang penuh suka duka.


♥ You G.G's and Birunians. Our memories will last forever... :)

Kenangan yang hadir dalam 2010 tak kan pernah ku lupa..

Yesterday is a history, Today is a gift & Tomorrow is mystery !



Tuesday, December 21, 2010

Birunians..'We Proud to be together'.. :)

Assalamualaikum ..

Hari ni debaran RESULT semakin dirasai. Tapi dalam debaran itu saya terbayang waktu belajar bersama-sama dengan teman2 Birunians yang telah banyak mengajar saya erti kehidupan. Walaupun saya tak rapat dengan semua Birunians dan saya sering bersama GANG G.G yang merupakan sebahagian daripada Birunians tetapi perasaan sedih muncul setelah saya sedar bahawa kita semua akan berpecah next year. Ada yang akan ke SBP, MRSM dan ada yang masih tinggal di BUMI MAHER tapi kita tidak akan bersama seperti Form 1, Form 2 n Form 3.

(Izinkan saya untuk bahasakan diri 'aku' kerana kami(birunians) terlalu rapat dan kami lebih senang menggunakan istilah 'aku'..hanya kepada sesetengah sahaja yang bahasakan diri 'saya')


Ini lah gambar kenangan kita selama 3 tahun bersama. Melalui waktu senang dan susah. Mengenal erti persahabatan dan kehidupan. menempuhi waktu suka dan duka. Walaupun aku bukanlah seorang kawan yang sejati dan baik tetapi Birunians sentiasa di sisi dan ingin berkawan dengan aku. Thank You so much Friends..

Ketua kelas selama tiga tahun berturut-turut yang aku memang bangga la ada kawan macam dia.. Sabar walaupun girls sentiasa mengarah buat itu la ini la..Tapi dia senyum :) dan tak pernah marah.. Itulah dia ISYRAF..seorang yang tenang dan tabah dalam apa jua keadaan..
Isyaraf: semoga kau dapat kebahagian di dunia dan akhirat dan kekalkanlah sifat tenang itu..sesungguhnya itulah satau-satunya prinsip kau yang aku hormati..Nanti kalau dah berjaya ke MRSM tuh jangahlah lupa anak buah kau kat MAHER.. :)


Seterusnya, Syafiq yang merupakan teman setia kepada Isyraf. Tengolah pic kat atas tuh memang sejati dua orang ni. Syafiq, kau pon sorang yang tenang dan tak pernah marah girls walaupun kita orang sentiasa buat kau marah tapi kau jadikan itu sebagai bahan gurauan. Teruskan perangai itu yer!.. ERmm...Aku memang selalu buat kau marah, dulu aku gossip kan kau dengan Milin n panggil kau syalin ( gabungan nama kau n milin 'syafiq+milin=syalin' HAHA..act, semua tu tak ada makna apa2 hanyalah gurauan untuk memeriahkan suasana. Kau pon kalau dah dapat pergi MRSM tuh janganlah lupa dekat kita orang di MAHER..
Panggilan aku kat kau seperti..syebob, monster, kitty or whateva tuh hanya la gurauan semata-mata..jangan terasa eik..Kau pon panggil aku macam2 gak..Besi, Pingu & macam2 lagi. Itu pon aku jadikan sebagai bahan memeriahkan suasana. Aku doakan kau berjaya capai cita2 kau nak further study kat KOREA nak jadi macam Kim Hyun Joong..hehe...GOOD LUCK !! and Always smile kitty :)


Dalam kehidupan ini mesti ada pelbagai jenis sifat manusia. Dalam Dunia Biruni pon sama. Syafiq n Isyraf bersifat tenang. Tapi ada juga yang panas baran. Biasalah saling melengkapi. Ada api ada air. Kalau api panas, air tolong sejukkan. Faris ni agak panas baran tapi aku tak kisah sangat sebab aku pon kadang2 suka marah2. HAHA. Faris aku nak minta maaf dengan kau sebab aku sentiasa gossip kan kau dengan Dee n panggil kau monkey dan ada satu lagi tuttt..(harap kau tahu, aku x nak sebut kat sini) hehe. Itu semua gurauan semata-mata janganlah kau terasa dengan panggilan itu. Aku harap next year kau stay kat MAHER dan bersama kami. Walaupun dulu Birunians pernah ada misunderstanding dengan kau tapi kerana kita semua sahabat, kita dapat selesaikannya dengan baik. Alhamdulillah.. Kalau kau pindah next year, jangan lupa kita orang semua.. :)
Kamal Fikri, yang facebook dia bernama Fiq Ri..dan dalam pic kat atas yang pakai baju warna putih..HAHA..:))..Kamal aku nak minta maaf dengan kau sebab aku tahu aku ni bukannyer baik sangat. Kalau ada silap salah tu harap di maafkan maklumlah aku ni manusia biasa jer tak lari daripada silap dan salah. Dan kalau aku ada marah2 kau sebab aku ni pon panas baran dan kuat marah. Aku doakan yang kau sentiasa berjaya berjaya dan hidup bahagia. Semoga dapat mencapai cita2 yang diimpi-impikan. :)

Tak lupa kepada 'songkok-boy' iaitu Hariz. HAriz kawe meme banyok wat saloh nge demo. 1st skali duk gossipkan dengan Iqa, 2nd duk panggil 'songkok-boy'. Tapi yang paling penting kawe duk gossipkan demo dengan Iqa secara senyap2. Bukan apa kami semua nak tengok kawan kami yang bernama Hariz bercakap dengan Iqa. Tapi malangnya tak berhasil. Tak mengapa mungkin suatu hari kelak. InsyaAllah. Terima kasih sebab demo sentiasa berdakwah dan menyedarkan kami daripada terpesong. Kalau form 4 nanti demo dah gi MRSM janganlah lupa kawan2 di MAHER.. :)
Otai 3 Biruni memang tak aisng lagi, semestinya Azamudeen atau panggilan nya ABU. Abu aku memang tak nafikan yang kau memang otai dalam kelas. Aku yang nak marah kau pon pasti tak jadi malah aku gelak sama. HAHA..Abu aku mengharapkan kau jadi lebih matang dan jangalah berperangai macam dulu yer. Aku harapkan kejayaan dalam hidup kau. Dan aku nak minta maaf sebab gossipkan kau dengan Aisyah. Anggaplah itu satu gurauan yer! :).. Abu ur tagline 'i'll change'.. Aku pasti yang kau akan berubah satu hari nanti sebab sekarang kau telah berubah dari selangkah ke selangkah. :)..

Tamat lah cerita 6 Putera 3 Biruni..Kini aku nak ceritakan pasal Puteri2 yang comeY2..

Gandingan untuk Isyraf ialah Amalina. Bukan gandingan apa2. Amalina ni penolong ketua kelas. Perbezaan Amalina dengan Isyraf bagai langit dan bumi. HAHA..Takdelah gurau jer. Amalina memang sentiasa menyokong girls so, Isyraf sentiasa mengalah dengna kami. Maklumlah Isyraf kan gentleman gtuh. :).. Amalina pon ada kata yang mungkin next year dia nak pindah. So, kenangan selama 3 tahun ni akan menjadi memori indah kita semua. Amalina saya doakan awak sentiasa berjaya n comey2 selalu yer!. Moga kenangan kita dalam Gang G.G kekal selama-lamanya. :)..I'm gonna miss u miss Leena..Love u Melin.. :)

Kanak2 cute 3 Biruni. HEHE..Gurau saja. Elly merupakan seorang yang bijak, pandai, cute + comeY.. :) Elly dah decide yang nak stay kat MAHER. Kalau aku duk kat MAHER mesti dapat belajar dengan Elly lagi. Best jugak, yang penting dapat usik2 dia. :D. Elly ni tak lah pemarah sangat, dia cool jer. Elly nanti dah bekerja & berjaya tuh. Kekalkanlah segala memori kita bersama. Aku minta maaf kalau ada sakit kan hati or menyusahkan u elly, selama kita berkawan ni, aku senang ada kawan macam elly. Thank you elly.. :) Saranghae..




Datin dah datang!..HAHA..ni nak cerita pasal Iqa Ismail. Sapa tak kenal Datin kecik ni.? Kali ni tak mau letak gambar dia sorang sebab memang banyak gilerrr beb. Sampai tak tahu nak pilih yang mana. Last2 pilih yang ni, takpe kan Iqa?.. Act, Iqa ni seorang yang suka pOkpEk, I suka u punya pOkPek. Teruskan kerana itulah kenangan kita Iqa. Kalau dah ke MRSM janganlah lupakan aku. Kalau dulu kita penah bergaduh tapi kerana persahabatan yang utuh. Kita dah jadi se kepala. Bab2 gossip-gossip kan orang tuh memang bagi kat kita lah. Pernah kita gelar diri sendiri sebagai SB n SK( biarlah rahsia) :D, dan SXB kita ialah Ecah. Iqa kalau u dah gi MRSM I'll miss you forever. Love u Iqa.. :)


Yunk! Milin merupakan Yunk aku.. hehe..Yunk! I love you walaupun u in relationship with Elly Hisham di FB tapi I love you so much. Yunk! Kekalkanlah kejayaan dalam public speaking and debate. "Bet the rest , be the best!" Thanks for everything, although next year we're going seperate way but I hope our friendship will last till the end. All the best, Best of luck! :) Just the way you are and proud to be yourself. I believe that you can succeed because you are the one with charisma. Love you so much. Im gonna miss you. :) Take care and our memories will last forever. :)...Wo ai nie..



Sahabatku yang cute.. Itu dia Dee..Dee aku rindu mu. Aku nak peluk mu buat selama-lamanya boleh?..Tapi takut ada yang marah HAHA.. :)) Dee yang aku kenal adalah seorang yang sentiasa terukir senyuman manis di bibir, seorang yang tabah, seorang yang berani. Dengan kriteria itu aku percaya yang dee mampu digelar DR.DEE suatu hari nanti. Semoga berjaya yer sayam!..Dee semua kenangan u dengan si dia jadilah sebagai memori dan bukalah lembaran baru untuk tahun 2011 kerana form 4 dan form 5 merupakan saat2 getir untuk kita membuktikan siapa diri kita ini. Dee I love you. Terima kasih kerana sudi jadi kawan aku walaupun aku bukanlah seorang yang baik. :)..Thank you..Semoga kita sama-sama berjaya..

Dalam 3 Biruni ada pasangan kembar iaitu Dee n Ecah. Ecah kawan yang sentiasa bergaduh dengan aku. Ecah Saranghae, walaupun kita selalu bergaduh tapi bergaduh sayang-sayang. :)
Gambar Ecah ada kat atas tuh berasama Dee. ecah maafkan aku sebab aku selalu gossipkan mu dengan 'Gigi Emas' & Azhan itu hanyalah gurauan. :).. Next year may be kita dah tak sekali lagi, semoga memori indah kita kekal buat selama-lamanya. :)

NAZLIN, TI-AH, TI-HAH, NAJWATIE, SUHANA

Saya akui yang saya kurang rapat dengan korang semua. Tapi itu tak bermakna yang saya tak sayang kan korang. Saya sayang semua kawan saya, mungkin jiwa kita kurang persamaan tapi saya tetap sayangkan korang. LOVE YOU ALL..muah!


Nazlin seorang pelajar yang tinggi lampai. Tengok gambar pon dah tahu. Leen walaupun saya tak bersama awak dalam waktu susah tidak bermakna yang saya membencikan awak. Tapi saya tak mahu perkara yang sama kembali. Nazlin semua itu dijadikan sebagai sempadan untuk kita sama-sama jauhi. Bukalah lembaran baru untuk tahun depan. Sama-sama lah kita berubah daripada yang buruk kepada yang baik. Hidup ini ibarat roda, kadang-kadang kita di atas dan sesekali kita di bawah. Saat di bawah la kita akan berasa sunyi walaupun sahabat di samping kita. So, be strong dan juba lupakan dan berubah. Tidak bermakna kalau awak just lupakan perkara itu tapi tidak berubah. Sukar untuk kita terus berubah kerana kita hanya manusia biasa, tapi sewaktu kita berubah cuba jauhi perkara yang menyakitkan hati. Apa-apa pon saya doakan kita akan menemui hidup yang bahagia dan harap2 teman sentiasa di sisi Maafkan lah atas semua kesilapan :)

FATIHAH, ATIAH, NAJWATIE, SUHANA..

Fatihah atiah Najwati n suhana.. Saya sedar yang saya kurang rapat dengan korang tapi semua itu tidak bermakna saya membenci korang. Maaf atas segala kesilapan yang saya buat. Walaupun kita tak bersama tapi saya harap kita akan terus berteman kerana Berkwan biar beribu!..Terima kasih kerana sudi menjadi kawan yang baik kepada saya. THANK YOU SO MUCH.. LOVE YOU ALL.. :)



Birunians..
Aku sayang korang semua. AKu tukar lago blog Tentang Bulan ini khas untuk korang semua. Kalau dalam lirik lagu '5 sekawan' tapi kita '18 sekawan' We Proud to be Together' Sungguh sedih untuk meninggalkan 3 Biruni. Tapi pejam celik pejam celik dah tiba untuk kita menjadikan 3 Biruni dalam kenangan. Bagi aku, korang merupakan bulan dan bintang. Kerana jika bulan tiada Malam kegelapan
tanpa Bintang hilanglah keindahan.

Korang teman dalam susah dan duka. Kalau korang tiada hidup ni akan gelap dan tidak seindah sekarang. Satu lagu yang korang perlu dengar ialah lagu SAHABAT-Aizat.. Aku sayang korang semua.

Korang mesti janji yang tak akan lupakan kenangan indah bersama..

SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA DUNIA AKHIRAT DAN HIDUP SENTIASA DI BERKATI.
I love You..Saranghae..Wo ai ne..Ashiteru.

Teman tak sentiasa di sisi tapi sentiasa dekat di hati.

Our Memories will last forever.
I'll love you all until my last breath.

Monday, December 20, 2010

Cerita zaman muda.. :)

Assalamualaikum..

Post tadi ada janji nak habak' satu cerita best..wwoo!!.. Sekarang ni nak bagI tau lani.. Maklumlah orang dulu2 cakap lembu dipegang pada tali manusia dipegang kepada janji..So kene lah tunaikan janji walaupun hati ni berat sangat.."Itu lah..Sapo suruh pandai2 janji"..HAha xpe ikhlas la nak share dengan korang semua..

Post ni nak cerita pasal zaman muda..' ehem, i tak tua lagi' zaman muda tuh bermakna zaman kanak-kanak..HAHA...kan x pasal2 ada yang fikir saya dah tua.. :(.. ok dah!..
Masih kah anda ingat keadaan fizikal dan mental masa kanak2 dulu?.. HAHA mesti banyak berubah .. ada yang makin cute..ada yang makin comeY!..Maklumlah masa kanak-kanak dulu tak kisah la comot-momot yang tahu main..main..dan main..

Perkara yang Best! masa kanak-kanak semestinya, jarang kene pOkPek@ membebel..Tapi kini asyik2 pOkpEk..' nak buat macam mana saya ni bukannyer perfect' HAHA..kadang2 tuh ada tersilap langkah mesti kene pokpek..(segala benda yang dibebelkan itu diterima dengan hati yang ikhlas). yer la kita ni mesti sentiasa 'think positive' ceeyhh~ duk berfalsafah sekejap.. :)

Jom kita menjelajah zaman kecil ku..


hehe..ini dia gambar kedua selepas gambar atas tuh..yang mane satu Liyana Ariffin eik??..
Sah2 la yang girl pki baju pink tuh..
Cute tak??..cepat cakap cute kalau tak..siap la!!.
hehe (just kidding)
Tengok tuh menjaga batas pergaulan duk jauh ker dengan budak laki..Malu2 la konon..Haha
Seingat saya masa ni adalah hari keluarga pejabat MAMA..(LPP)..Saya masuk pertandingan ape yer??..Dah tak ingat la.. :(

Ini pula gambar dengan PAPA..rasa2nyer mase ni kat Pahang..Sebab dulu PAPA kerja kat Imigresen Pahang..
Time ni saya ada minat macam laki sikit..hehe..Tengoklah perbezaan daripada gambar kedua tuh..Pic yang atas tuh comey jer pakai gaun pink..tp pic nieh..fuhh..'lu pikir la sendiri'..Last pic..Ada gaya macam terima degree tak??HAHA..
Ni time konvo tadik..
'wahh, chubby yer' sekarang pon masih sama..huhu :o
Tapi dulu lagi cute.. :)Ini dia perbezaan dulu dan sekarang...
Memang sah dulu lagi cute...
Segala kenangan dulu kini ku jadikan memori indah..

Teringin nak jadi kecik semula..Dan remaja ni macam2 la..
Masalah la..itu la ini la..
herrmm..Dugaan hidup...

Sekian sahaja untuk post kali ni..

MOGA KITA SEMUA DAPAT MENEMPUH SUKA DUKA HIDUP INI DENGAN TABAH..
ALWAYS SMILE :) & THINK POSITIVE..



Doakan kejayaan saya dan rakan2...

Assalamualaikum..

Hari ni dah hari ahad, esok hari selasa, lps selasa Rabu..Lepas Rabu hari apa eik??..HAHA..Mestilah hari Khamis.. Khamis??..Penting ke Khamis tuh??..Makk aii soalan daripada diri sendiri tuh.. Kepada Calon PMR 2010 mestilah penting kan RESULT keluar!!... Perasaan dah bercampur aduk.. berdebar ada, tak sabar p0n ada.

Post ni tak mau cerita panjang sebab lepas ni nak post satu cerita best wwoOOww!!. tak sabar k?? wait n see.. :D

Semalam saya ada terima sms daripada seorang rakan..
SMS dia berbunyi:

Sebelum nak gi ambik result, baca lah:
1. Al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. Al-Ikhlas 7x
4. Al-Alaq 3x
5. An-Nas 3x
Then berdoalah dgn nama Allah dgn rndh dr & mintalah kjayaan sbg muslim dan ke sekolah mulakan dengan kaki kanan.

Pesanan daripada penghantar SMS.. Dia suruh pas2 kan sms ni dan jangan sayang kan kredit demi kejayaan bersama.
Tapi malangnyer bukan saya sayang kredit tapi kredit xde :'(...Kira post di blog sudah memadai untuk kita amalkan bersama-sama..

InsyaAllah saya doakan dan sama-samalah kita doakan..Kita akan memperoleh kejayaan dan membanggakan keluarga sekaligus sekolah kita di hari Khamis ini.. InsyaAllah..Amin.. :)

Wednesday, December 15, 2010

Reunion or Outing?? HAHA :))

Assalamualaikum...

Pagi ni nak post pasal reunion dengan kawan sekolah rendah dulu. Reunion ni hari Ahad lagi tapi hari ni baru rasa nak taip post untuk reunion tuh.. HEHE sorry yer kawan2 semua. Bukan apa update Blog ni memerlukan waktu yang sesuai.

Actually saya x tahu nak panggil reunion baru ni 'reunion or outing' mesti ada yang cakap ('dah nama reunion mestilah panggil reunion..haha') terserahlah nak panggil reunion or outing. Tapi saya panggil outing jer kot.HAHA..memandangakan yang jemput tuh hampir satu kelas tapi yang hadir separuh kelas pon x samapi. Tapi tak kisah la asalkan outing nie HAppY!!..

Nah ini dia yang join outing tuh..Ramai k? cube kira berapa orang jer..
1..2..3..4..5..6..7..8
Rasa macam tadika la..HAHA
8 orang jer..
eih2..lupa2..cameraman kita..haha
pudin n qeba..
jumlah nyer 10 orang...sorry !!

Outing kali ni ada Gossip baru tau..HAhA..Kita mulakan dengan Cik Syaqirah n Hafizi ni. Seingat saya la, dia orang berdua ni di Gossip sejak sekolah rendah lagi..hehe. Kira melepas la rindu selama 3 tahun ni buat dua orang ni. hehe..
Wah..dua orang ni memang lucu la bebb..

Mula2 tuh bukan main malu2 gtuhh haha..
Bab kata lirik lagu 'kalau berpacaran' gituh..
Biar segan2
Biar malu2....
hehe...

Nak jadikan cerita pada asalnya, dua2 malu nak ambil pic maklumlah dah hampir 3 tahun tak berjumpa mana tak malu. Tengoklah gambar kat atas tuh. Sorang duk pandang lane bowling, yang sorang tuh pandang apa entah. Tapi bila dikenakan oleh kami semua. Akhirnya dah pandai yer ambik gambar berdua..HAHA..comeeYY gtuh!!!





hehe...ini dia gambar orang 'cOmeYY' n 'Macho' haha
persoalannyer.. macho k??..hehe 'sorry PG xde word laen nk describe mg'.

Seterusnya, muncul la gossip kedua iaitu gossip antara Mustaqim n Cik Hasya kita..HAHA..

Tapi gossip ni xde gambar berdua memandangkan Cik Hasya tak dapat join :( sob3..apesal aku yang emotional sepatutnyer..Mustaqim la..haha (dramatic sungguh)


Ini dia Mustaqim...

Tengok gambar pon macam duk mencari-cari Cik Hasya..HAHA..
Gossip dua orang ni tak tahu la bila mula..Rasa2 nyer dah lama..hehe..
Tak dapat nak bercoloteh panjang pasal dua orang ni memandangkan tak tahu perkembangan sangat.

Setakat ini sahaja post kali ini yah!!!..Kalau rajin nanti saya add lagi pic lain.

Terima kasih kepada semua yang hadir yang tak hadir dan tak dapat hadir jangan runsing.
Outing akan diadakan lagi buat kali seterusnya.
Love You All...



Tuesday, December 14, 2010

MimPi..MimPi..oowhh Mimpi..

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Kalau semalam saya cakap pasal Result PMR.. Pagi ni saya nak cerita pasal mimpi semalam. Memang sah kalau dekat2 dengan tarikh keluar result. Macama-macam muncul dalan mimpi. Semalan saya dah mimpi pasal result. Ya Allah saya tak nak result macam dalam mimpi. Dah kali ketiga saya mimpi pasal result. Sebelum ni saya hanya berada dalam situasi ambil result tapi yang hairan nyer saya tak dapat lihat berapa A yang saya dapat.

Tapi semalam, Ya Allah. Saya termimpi yang saya dapat 6A iaitu kurang 2A daripada yang saya ingin. Yang B ialah Pai n KHB.Ya Allah saya nak 8 A!!!!. Teringat pula masa result UPSR pada tahun 2007. Dulu seminggu sebelum result UPSR keluar saya termimpi dapat 3A iaitu kurang 2A daripada apa yang saya dapat. Kalau lah mimpi kali ini seperti dulu juga. InsyaAllah saya dapat 8A. Tapi orang kata mimpi itu hanyalah mainan tidur so, tak dapat lah ramal apa2. Apa yang mampu sekarang hanyalah bertawakkal dan bersedia untuk menghadapi masa2 getir.

Kalau trial PMR saya dapat 6A 2B mestilah mengharapkan PMR 8A dan kalau ada rezeki nak ke MRSM. Tapi harapan untuk ke MRSM tak taulah mampu ke tak, memandangkan exam MRSM memang susah la bebb. Misi saya sekarang adalah ingin berjaya seperti angah. 'At least i must be like she'. Kalau saya mampu untuk menjadi lebih dari angah saya akan berusaha.

Pasti ada yang tertanya-tanya mengapa saya letakkan kakak saya sendri untuk jadi lawan?
Jawapannya adalah: saya tak mahu lawan dengan orang lain sedangkan kakak sendiri saya tak mampu tandingi. Sekarang ini saya mesti mendapatlan keputusan 8A dalam PMR.

Ya Allah berikanlah kejayaan kepada ku, dan semua orang di sekeliling ku di dunia dan akhirat. Tabahkanlah dan berikan lah kami kejayaan dalam keputusan PMR nanti.

Moga-moga kita semua memperoleh kejayaan..InsyaAllah..Amin

BedTime story...

Assalamualaikum

Aneh sungguh malam ni. Selalunyer pukul 10.30 p.m tuh mata dah nak tutup tapi perasaan xmau (memang sah tidur awal)..hehe. Yang aneh, malam ni terbalik pulak. Perasaan mengantuk tapi mata tak nak tutup. So, untuk menambahkan rasa mengantuk tuh buat la perkara2 seperti membaca buku sejarah dan macam2 lagi.

Tapi semua tuh memang tak berhasil langsung. Sebenarnya perkara yang membuatkn saya jadi macam ni adalah 'RESULT PMR' memang runsing tahap tuttt la. Ramai yang cakap result keluar 23-12-2010. Memang runsing la, sape yang tak runsing nak tengok result dia kan? Maklumlah sepanjang exam dari F1 sampai la tryer F3 tak pernah saya mencapai keputusan 8A, yer la saya bukanlah pandai sangat.

Rasa macam nak mimpi jer pasal result malam ni. Tapi hati ni runsing sangat2. Rasa-rasa nyer dah berjuang habis-habisan dah untuk exam PMR baru ni. Sekarang ni cuma doa dan bertawakkal jer la nampaknyer. Sekarang ni tengah tunggu pengumuman tarikh keluar result yang sebenar.

Kalau dulu ada sahaja masa free mesti nak tonton cerita Korean or tengok konsert kumpulan Korean. Tapi kini nak tengok muka2 (yang hensem2) tu pon xde mood. Apa yang ada dalam kepala ni RESULT!!!...pejam celik pejam celik dah tinggal dua minggu lagi cuti sekolah. Sungguh cepat masa berlalu. Tahun Baru Hijrah pon dan muncul. (Dikesempatan yang ada saya jua ingin mengucapkan selamat tahun Baru Hijrah, moga kita semua hidup ke arah keberkatan dengan azam yang baru, insyaAllah.amin..)


picture copyright from Google

I want this..
I hope..
I wish..
I will get 8 A's..
And I know not only me want staright A's but.. All my friends' too..
I wish that we can achive staright A's...

Friends we had struggle for 9 months..
We had burn the midnight oil..
And
We had sacrifice everything for the sake of PMR...


So..
Redha with our result..& belive in ourselves...

That's all for my bedtime story.
Goodnight..and have a sweetdream!!

Saturday, December 11, 2010

HoLidaY with FaMiLy.. oh yeahh!!

Assalamualaikum...

Post kali ni nak cerita pasal holiday dengan family. 'Cuti-cuti Malaysia' jer tak pergi jauh2 dalam Malaysia pon banyak tempat menarik yang masih belum dikunjungi. So, Parents buat keputusan untuk bercuti dua hari kat Terengganu. Bertolak lepas Jumaat dan pulang selepas asar pada hari sabtu. Yang sedihnya kami tak dapat bercuti lama seperti orang lain yang sampai 1 minggu, memandangkan Mama n Angah bekerja. :(..Tapi tak mengapa at least ada holiday dan kenangan bersama keluarga.

Tak nak la menaip panjang2.. dah nama pon holiday mesti picture jer yang banyak. Tapi kali ni nak cerita satu tempat jer.. :p. Actually banyak jugak tempat yang pergi cuma malas nak cerita panjang lebar dalam keadaan 'berrdeebbar@demam result PMR'.
Antara tempat yang dikunjungi :
~semestinya kedai batik 'BATIK HUNGGA'
~Pasar Payang
~Pulau Warisan
~Pulau Duyong
~Satu tempat yang membawa anda menjelajah satu dunia...



So, saya nak cerita pasal Taman Tamduan Islam..Ini lah tempat yang mebawa kami menjelajah satu dunia.

Tapi kan nak masuk dalam tuh kene ada passport tau...Dah nama pon nak jelajah dunia mesti kene ada passport HAHA...


eihh..jangan runsing..jangan susah-susah pergi ke Pejabat Imigresen...
hehe..Passport ni murah jer..
Adult: RM 15
Child: RM 8
Senior Citizen: RM 8
Child under 6 years old: free..

Memang berpatutan lah harga passport nak menjelajah dunia ni..dah la nikmat gilerr beb berada dalam Taman Tamadun Islam..YeYY!!!..dah ada Passport JoM kita Jelajah!!..hooRREEYYY

WOww!!!..Telah terbang ke China.."Weiy, Ni hOu Ma"...hehe
Xian Mosque, China....

Masjid ini didirikan pada tahun 1392 M oleh Laksamana Cheng Ho pada zaman dinasti Tang. Walaupun rupabentuk masjid ini kelihatan seperti Kuil Buddha, tetapi kedudukannya adalah mengadap kiblat.

Nah!!..Ibu2 Bapa2 Ayuh dong!! "sekarang kita udah tiba di Kudus Minar, Central Jaya, Indonesia"

Dibina pada tahun 1549 oleh Sunan Kudus ( Ja'far Shodiq). rekabentuk masjid ini bercirikan campuran Hindu dan Jawa. Paling ketara adalah menaranya yang berbentuk seperti Chandi yang kebiasaannya ditemui di kawasan Kuil Hindu.

Dari Indonesia..JoMM kita ke Pattani Central Mosque, Thailand
"Samadhikharp"

Dibina Pada tahun 1954 semasa pentadbiran Fil Marsyal Sarit, masjid ini menyerupai rekabentuk Tak Mahal. Masjid ini merupaka tumpuan utama penduduk Islam Thai dan menjadi pusat untuk upacara keagamaan.

China ke Indonesi..Indonesia ke Thailand..Kini Kami berada di Agra, India..
Taj Mahal...

Maharaja Mughal kelima, Shah Jahan telah membina Istana Taj Mahal bagi mengenang kisah cinta abadinya. Ia juga sebagai simbol sayang terhadap isterinya, Mumtaz Mahal.
Sungguh indah binaan Masjid Al-Aqsa..
Ini pula Great Mosque of Samarra, Iraq

Masjid ini dibina semasa perintahan Khalifah Abassiyah Al-Mutawakkil pada abad ke-9. Berdiri dengan megahnya di dalam bandar tertua dunia, salah satu keunikannya ialah Menara Berpusing yang terletak di bahagian utara masjid ini.Masjid yang berwarna biru dah tenang ini pula merupakan
Abu Nasr, Afghanistan...

Dibina pada abad ke-17 dalam gaya Tinurid. Antara ciri menarik makam berbentuk Octagon ini ialah dua tiang beri hadapannya. Pembinaan makam ini adalah bagi mengabdikan jasa ahlu teologi terkemuka. Khwaja abu Nasr Parsa.
Mosque of Mohamed Ali, Egypt

Juga dikenali sebagai masjid Alabaster berikutan penggunaan bahan ini dengan banyak didalam pembinaannya. Masjid ini dibina oleh Mohammed Ali yang pada zaman perintahnnya dianggap sebagai zaman pembaharuan Mesir.

Suleyman Mosque, Turkey

Masjid ini dibina pada tahun 1557 M, di zaman Empayar Ottoman dalam tahun ke 46 pemerintahan Sultan Suleyman. Ia menempatkan infirmari, sekolah perubatan, hospital, kedai, penjara dan tempat penyimpanan senjata.
Selain daripada gambar2 di atas ada banyak lagi masjid2 seluruh dunia yang terdapat di TTI ini..

Kepada ibu bapa yang bawa anak2 kecil tuh jangan runsing..anak-anak anda boleh berhibur di taman permainan oohh YEAHH!!..


Tunggu apa lagi??!!!...JOM PAKAT GI!!!...haha...

Happy dapat bercuti bersama family di terengganu..Actually ade lagi gambar2 yang ke tempat lain..tapi nampaknya setakat ini sahaja..yang mampu di paparkan dalam blog..

Wednesday, December 8, 2010

Chim..Chum..-Chim..Chum!!!..yummyy

Assalamualaikum

Lepas Hang Out dengan Gang G.G kelaur dineer pulak dengan family. Maklum lah untuk merapatkan silaturrahim kita perlu adil, dengan kawan keluar dengan family pun keluar. Lepas maghrib terus pergi dinner kat Food Village, Pengkalan Chepa. Restoran ni memang terkenal dengan makanan Chim-Chum.

YummYY!!jom makan panas2..haha
errrmm!!!..sungguh enak..Yumm..Yumm!!!


Dah habis makan tuh 'snap' picture dulu dengan papa..
Dengan kawan penuh gambar tapi papa sendiri ckit2 jer ~oops trase

Akhir kata keluar dengan family dan kawan2 dua2 happy..
Sebab itu kita memerlukan orang disekeliling kita supaya sentiasa HappY!!!...
And never be alone

Tuesday, December 7, 2010

G.G's Hang Out!! :)

Assalamualaikum

Dah lama tak berblog-ing. Rindu pulak nak share cerita2 lepas.
Hari ini line internet kembali kepada dunia asalnya dan cuaca di Kelantan dah keluar Matahari. WAH! dulu kalau panas nak hujan, kini kalau hujan nak panas. Tapi itu semua kerja Allah. SWT. Menerima takdir-Nya dengan hati yang ikhlas.(Tiba2 berfalsafah sekejap)

Rasa2 nye post ni nak cerita pasal hang out Gang G.G yang berlangsung pada hari Ahad 5/12/2010 iaitu empat hari lepas hari jadi saya(perlu ke bagi tahu) haha :)).. Memang hang out ini dinanti-nantikan oleh semua Gang G.G memandangkan dah lama tak jumpa dan berborak-borak..

Tapi yang sedihnya saya sampai lewat pukul 3.40 p.m baru sampai. Bertolak dari rumah pukul 2.30 p.m lagi. Bukannye jauh rumah dari KB Mall tuh tapi musim cuti ni jalan memang sesak bebb!!!...

Ha..see!!.orang lain dah makan tapi saya baru nak tengok menu..huhu
memang terokkk!! la kesesakan lalu lintas
Nah!!!..ini dia Gang G.G yang hang out bersama..
ada seorang lagi iaitu Ecah tapi dia pergi shopping dengan sepupunya..tapi tak apalah hadiah kan dah diberi..hehe..
Iqa..master of G.G.haha..
mYLin..new fashion..hehe :D
kenapa la orang2 pandang lain kat mylin..relax la beb
"mylin pakai baju cantik..menutup aurat lagi kenapa duk pandang macam tak pernah tengok orang?"hehe..dapat present!!!..yeY!!..

Dalam bag Teddy From: Syafiq, Elly, Dee, Mylin, Iqa..
Dalam bungkusan hijau From: Hakeem n Crocs( Irfan)


Nah!!!...Ini dia key-chain penguin daripada brutal cat(ecah)

Dalam kereta dah buka hadiah dalam bag teddy tuh..hehe tiba-tiba keluar seekor beruang yang ada dua mata, dua tangan, dua kaki...WOW!!!!...

Itu dia..bear yang diberi nama BEARY!!!..
'Hello Beary!'

Sampai rumah baru buka yang dalam bungkusan hijau..
Bungkusan telah dibuka dan terus terlihat satu kotak...
Rupa-rupa nya ada satu patung yang sweet gtuh!!

hehe..'SHE'
cute nyer dia...haha :D

Hadiah2 istimewa yang diterima di hari ahad lepas...

Sekarang ni Nemo dah ada teman untuk bercanda..HAHA
Beary and Nemo dah jadi 'Bestfriend' skrg...

Ini sahaja untuk post kali ini..thank you so much kawan-kawan semua..semoga persahabatan kita sentiasa kekal abadi seperti Beary n Nemo!!!